Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh kepada umat Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk akhlak baginda, cara bertindak dan berfikir, dan mentadbir atau mengurus.Empat sifat utama baginda, iaitu:
- siddiq(berkata benar)
- amanah(dipercayai)
- tabliq(menyampaikan)
- fatanah(bijaksana)
a)Baginda digelar al-Amin(dipercayai - dipanggil oleh orang Arab Quraisy) :
- segala perbuatan dan perkataan baginda boleh dipercayai
- tidak pernah berbohong
b)Sifat amanah baginda:
- menyebabkan Khadijah telah memberikan modal besar kepada baginda untuk diperniagakan.
c)Baginda seorang yang bijaksana. Ini terbukti dengan tindakan baginda dalam:
- menyelesaikan masalah perletakan semula Hajar Aswad(batu hitam) di pejuru timur Kaabah
Peristiwa perletakan semula Hajar Aswad
Banjir menyebabkan Hajar Aswad terjatuh daripada posisi asalnya.Semasa hendak meletakkannya semula, timbul pertelingkahan di kalangan kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai hakim. Baginda meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban. Wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian tepi kain serban itu. Selepas itu, baginda meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya dan hal ini menyebabkan semua kabilah berpuas hati.
d)Baginda seorang yang pengasih dan penyayang. Ini terbukti dengan tindakan baginda dalam:
- membantu isteri baginda di dapur
- malayan anak-anak
- memasak
- menampal pakaian
- mengemas rumah
e)Sifat rendah diri baginda terserlah apabila:
- baginda tidak mengabaikan urusan rumah tangga walaupun baginda seorang pemimpin yang agung
- mengutamakan sifat kepemimpinan
- memberikan pendidikan agama kepada anak-anak
f)Baginda seorang yang tegas. Ini terbukti dalam tindakan baginda dalam:
- melaksanakan perintah Allah s.w.t.
g)Baginda juga bersifat pengampun. Ini terbukti dalam:
- pembukaan semula kota Makkah
h)Baginda juga merupakan pemimpin yang pakar dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti:
- Perjanjian Hudaibiyah
i)Selain itu, baginda juga bersifat pemurah dan pengasih. Sifat baginda dapat dilihatkan melalui peristiwa:
baginda mengasihi sesiapa sahaja
baginda mempercepatkan solat baginda jika mendengar tangisan kanak-kanak di mana ibu mereka berjemaah
menangis sewaktu berdoa agar dosa ibunya Aminah dan Abu Talib diampunkan
j)Baginda juga seorang yang berani. Ini terbukti dalam peristiwa:
Ali bin Abu Talib yang mengatakan baginda berada di barisan hadapan berhampiran musuh
baginda tetap berada di tempat asalnya sedang tentera Islam yang lain sedang melarikan diri dalam Perang Hunain
Kesimpulannya, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tokoh yang layak dijadikan model yang unggul dan sifat budi pekerti baginda yang sangat dikagumi patut dicontohi.