Sunday, June 14, 2009

Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.



Sebelum diputerakan -Bapa baginda meninggal dunia.

Selepas diputerakan -Emak baginda Aminah, ibu susuan Halimatus Sa’diyah, datuknya Abdul Muttalib dan bapa saudara baginda Abu Talib mengasuh dan mendidik baginda.

6 tahun -Ibu baginda Aminah meninggal dunia dan dipelihara oleh datuk baginda Abdul Muttalib. Apabila Abdul Muttalib meninggal dunia, bapa saudara baginda Abu Talib menjaga beliau.
12 tahun -Baginda berniaga dengan mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam(Syria- utara Semenanjung Tanah Arab).


14 tahun -Baginda ikut serta menyaksikan peperangan al-Fijjar ke-4 dan menjalankan perniagaan dengan giat.


20 tahun -Baginda menjalankan perniagaan kepunyaan Khadijah.

25 tahun -Baginda berkahwin dengan Khadijah yang berusia 40 tahun.

Wednesday, June 10, 2009

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh kepada umat Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk akhlak baginda, cara bertindak dan berfikir, dan mentadbir atau mengurus.

Empat sifat utama baginda, iaitu:
  1. siddiq(berkata benar)
  2. amanah(dipercayai)
  3. tabliq(menyampaikan)
  4. fatanah(bijaksana)

a)Baginda digelar al-Amin(dipercayai - dipanggil oleh orang Arab Quraisy) :

  1. segala perbuatan dan perkataan baginda boleh dipercayai
  2. tidak pernah berbohong

b)Sifat amanah baginda:

  1. menyebabkan Khadijah telah memberikan modal besar kepada baginda untuk diperniagakan.

c)Baginda seorang yang bijaksana. Ini terbukti dengan tindakan baginda dalam:

  1. menyelesaikan masalah perletakan semula Hajar Aswad(batu hitam) di pejuru timur Kaabah

Peristiwa perletakan semula Hajar Aswad

Banjir menyebabkan Hajar Aswad terjatuh daripada posisi asalnya.Semasa hendak meletakkannya semula, timbul pertelingkahan di kalangan kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai hakim. Baginda meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban. Wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian tepi kain serban itu. Selepas itu, baginda meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya dan hal ini menyebabkan semua kabilah berpuas hati.

d)Baginda seorang yang pengasih dan penyayang. Ini terbukti dengan tindakan baginda dalam:

  1. membantu isteri baginda di dapur
  2. malayan anak-anak
  3. memasak
  4. menampal pakaian
  5. mengemas rumah

e)Sifat rendah diri baginda terserlah apabila:

  1. baginda tidak mengabaikan urusan rumah tangga walaupun baginda seorang pemimpin yang agung
  2. mengutamakan sifat kepemimpinan
  3. memberikan pendidikan agama kepada anak-anak

f)Baginda seorang yang tegas. Ini terbukti dalam tindakan baginda dalam:

  1. melaksanakan perintah Allah s.w.t.

g)Baginda juga bersifat pengampun. Ini terbukti dalam:

  1. pembukaan semula kota Makkah

h)Baginda juga merupakan pemimpin yang pakar dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti:

  1. Perjanjian Hudaibiyah

i)Selain itu, baginda juga bersifat pemurah dan pengasih. Sifat baginda dapat dilihatkan melalui peristiwa:

  1. baginda mengasihi sesiapa sahaja
  2. baginda mempercepatkan solat baginda jika mendengar tangisan kanak-kanak di mana ibu mereka berjemaah
  3. menangis sewaktu berdoa agar dosa ibunya Aminah dan Abu Talib diampunkan

j)Baginda juga seorang yang berani. Ini terbukti dalam peristiwa:

  1. Ali bin Abu Talib yang mengatakan baginda berada di barisan hadapan berhampiran musuh
  2. baginda tetap berada di tempat asalnya sedang tentera Islam yang lain sedang melarikan diri dalam Perang Hunain

Kesimpulannya, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tokoh yang layak dijadikan model yang unggul dan sifat budi pekerti baginda yang sangat dikagumi patut dicontohi.

Saturday, May 30, 2009

Isteri Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.

1.Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2.Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3.Aisyah bt Abi Bakr r.a
4.Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
5.Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
6.Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7.Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8.Safiyah bt. Huyay
9.Zainab bt. Jansyin
10.Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11.Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12.Zainab bin Khuzaimah



Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a

Beliau adalah merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu
nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.
Beliau merupakan isteri
nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.
Mas kahwin daripada
nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
Al-Qasim bin Muhammad
Abdullah bin Muhammad
Ibrahim bin Muhammad
Zainab binti Muhammad
Ruqaiyah binti Muhammad
Ummu Kalthum binti Muhammad
Fatimah binti Muhammad

Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zaharah telah berkahwin dengan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib.
Kesemua ketiga - tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.Tujuan Allah SWT mencabut semua nyawa anak lelaki Nabi adalah bagi mengelakkan supaya tiada lagi wujud Nabi dan Rasul yang baru sesudah Nabi Muhammad,hal ini kerana Nabi Muhammad adalah
Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah sesudah Nabi Isa diatas muka bumi ini.Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.


Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.
Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham.


Aishah bt Abu Bakar
Akad nikah diadakan di Mekah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 16 tahun. Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 19 tahun sementara nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun.Umur Aisyah dan kekeliruan akibat dari perpecahan dalam Islam akibat fitnah syi'ah yang membenci Ummmul Mukminin
Aisyah adalah isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.


Hafsah bt. Umar
Hafsbin al-Khattab r.aah seorang janda. Suami pertamanya Khunais bin Hudhafah al-Sahmiy yang meninggal dunia selepas Perang Badar. Bapanya Umar mempelawa Abu Bakar berkahwin dengan Hafsah, tetapi Abu Bakar tidak menyatakan sebarang persetujuan dan Umar mengadu kepada nabi Muhammad s.a.w.. Lalu baginda mengambil Hafsah sebagai isteri.


Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a

Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.
Lamaran kali kedua
nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.


Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a

Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.
Melalui al Najashi,
nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.


Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith

Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya.


Safiyah bt. Huyay

Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri nabi Muhammad s.a.w.. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.


Zainab bt. Jahsyin

Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat nabi Muhammad s.a.w. setelah dia dimerdekakan.
Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh
nabi Muhammad s.a.w. .
Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak nabi Muhammad s.a.w.


Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah

Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Umrah ketika Umrah baru sahaja memeluk agama Islam. Umrah telah diceraikan dan dipulangkan kepada keluarganya.


Zainab bt Khuzaimah
Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu nabi Muhammad s.a.w. masih hidup.

Friday, May 29, 2009

Nabi Muhammad s.a.w.






Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.









Kelahiran






Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).


Masa remaja Add Image
Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.












Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW ...










Berumahtangga





Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.




Kerasulan



Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira', sebuah gua bukit dekat Mekah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di
Gua Hira', Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan
wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad s.a.w. memperoleh wahyu.


Marhalah Dakwah Rasulullah
Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Thalabun Nusrah
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah s.a.w. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.